NADI DILEA Tuisyen Rakyat-Matematik Tingkatan 1
6 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2026, bermula pukul 3.30 petang, 4 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI DILEA Tuisyen Rakyat Matematik Tingkatan 1.
Program ini dilaksanakan bagi memberi sokongan pembelajaran tambahan kepada pelajar Tingkatan 1 melalui sesi open Tuition Matematik secara atas talian di NADI. Fokus pembelajaran kali ini adalah kepada Bab 9; Poligon Asas dan Bab 10; Perimeter dan luas, yang bertujuan membantu pelajar memahami bentuk, ciri-ciri poligon serta kaedah pengiraan ukuran dengan lebih jelas. Selain itu, program ini turut membantu pelajar menguasai teknik penyelesaian soalan secara sistematik dan meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 : Gambar semasa kelas berlangsung.